Soalan Lazim

Peserta yang menyertai Program Khidmat Imigran dapat menikmati pelbagai manfaat/faedah yang disediakan. Kad Maklumat Warga Asing yang diterima adalah sebagai tanda peserta telah menyertai program.

Fungsi kad ini adalah untuk memudahkan urusan awal untuk mengenalpasti identiti peserta sebelum urusan pengesahan identiti selanjutnya dilakukan oleh pihak yang berwajib.

Adalah dimaklumkan bahawa Kad Maklumat Warga Asing yang dikeluarkan oleh Khidmat Imigran tidak boleh menjadi pengganti kepada dokumen mana-mana pekerjaan *(BUKAN KAD KEBAL).* Semua warga asing yang tinggal di Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang di Malaysia.

Fungsi kad ini adalah untuk memudahkan urusan awal untuk mengenalpasti identiti peserta sebelum urusan pengesahan identiti selanjutnya dilakukan oleh pihak yang berwajib.

Khidmat Imigran juga tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA Act 2010).

Pemegang kad ini akan menerima empat (4) faedah yang disediakan.

  1. Kad Prabayar Visa
  2. Skim Pampasan Kematian & Hilang Upaya
  3. Pusat Rujukan Maklumat Warga Asing
  4. Khidmat Kaunseling Pelbagai Isu Imigran

Memudahkan urusan peegang kad ini untuk mendapatkan perkhidmatan asas kemanusiaan seperti rawatan, perubatan, urusan berkaitan kedutaan masing-masing dan lain-lain perkhidmatan berkaitan.

Kad ini adalah sebagai tanda peserta telah mengikuti Program Khidmat Imigran dan sebagai salah satu pengesahan diri awal dan bukan kad kebal.

Passport dan dokumen dari negara asal tetap diperlukan untuk proses pulang ke negara asal. Khidmat Imgran hanya boleh membantu dari segi pengesahan diri peserta jika perlu bagi memproses dokumentasi yang berkaitan.

Ya. Boleh.

Pakej Program Khidmat Imigran terbahagi kepada 2;

  1. RM500.00 bagi individu berumur 18 tahun keatas
  2. RM400.00 terhad untuk individu bawah 18 tahun

Program Khidmat Imigran diasaskan untuk memberi perkhidmatan berasaskan kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi warga asing yang menetap di Malaysia dan berperanan sebagai pusat rujukan kepada peserta, kedutaan mahupun badan-badan Kerajaan berkaitan.

Program Khidmat Imigran berperanan sebagai penghubung diantara warga asing, kedutaan dan badan-badan Kerajaan bagi membantu menyelesaikan pelbagai isu melibatkan warga asing di Malaysia.

Khidmat Kaunseling bermaksud memberi khidmat nasihat dan membantu peserta mencari jalan penyelesaian dalam permasalahan yang mereka hadapi dan memastikan jalan penyelesaian itu mematuhi undang-undang sedia ada negara Malaysia.

Hal ini adalah untuk membantu peserta menyelesaikan masalah dari segi dokumentasi dan memastikan dokumen tersebut disalurkan kepada saluran yang betul melalui pihak yang berwajib supaya tiada unsur eksploitasi atau mengelakkan peserta terjebak dengan penipuan.

Namun, Khidmat Imigran tidak memproses atau menguruskan permohonan mendapatkan apa-apa dokumen atau perkhidmatan berkaitan mana-mana kerajaan atau membekal tenaga kerja kepada mana-mana majikan.

Apabila berlaku kes kematian kepada warga asing/peserta, waris akan dihubungi oleh Khidmat Imigran bagi mendapatkan pengesahan sebelum proses pengurusan dan pengebumian dilakukan di Malaysia.

Jenazah akan diuruskan setelah dokumentasi dan pengesahan diterima daripada pihak waris. Segala kos pengurusan dan penghantaran pulang ke negara asal akan ditanggung oleh Khidmat Imigran. *Tertakluk kepada terma dan syarat*

Peserta yang mengikuti Program Khidmat Imigran sahaja yang layak untuk membuat tuntutan sekiranya berlaku kemalangan terhadap diri mereka.

Tuntutan boleh dibuat kepada pihak Khidmat Imigran tertakluk pda terma dan syarat.

Kad hanya dicetak sekali sahaja. Namun, sekiranya anda perlu megemaskini maklumat pada kad atau mahu cetakkan semula, rosak atau hilang, sla maklum kepada kami dan anda akan dicaj sebanyak RM50.00.

Sedikit info, tarikh pada Kad Maklumat Warga Asing adalah tarikh cetakan kad dan kad tersebut boleh digunakan sepanjang hayat anda. Cuma, yang perlu diperbaharui adalah SKIM PAMPASAN KEMATIAN DAN HILANG UPAYA di mana anda akan menerima SIJIL yang baru setiap kali anda memperbaharui skim tersebut