Tentang
Kami

Objektif

Menyediakan perkhidmatan berdasarkan kemasyarakatan dan kemanusiaan kepada warga asing sebagai satu langkah awal ke arah menangani pelbagai isu imigran dan memastikan semua pihak yang terlibat mendapat manfaat bersama.

Misi

  • Menyediakan perkhidmatan yang relevan berdasarkan kemasyarakatan dan kemanusiaan kepada warga asing mengikut keperluan semasa

  • Menyediakan modul bagi mewujudkan kesedaran dan kepekaan kepada semua lapisan masyarakat agar usaha menangani isu lambakan warga asing dapat dilakukan secara kolektif

  • Menyediakan prasarana dan infrastruktur digital terkini untuk memudahkan capaian maklumat dan perkhidmatan dapat diberi dengan cepat serta sistematik

Visi

Sebuah program yang menyediakan platform perkhidmatan komprehensif dalam bidang pengurusan warga asing di Malaysia.

Kata-Kata
Aluan Pengasas

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Khidmat Imigran. Sekretariat Program Khidmat Imigran melaksanakan Program Khidmat Imigran, yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kemasyarakatan dan kemanusiaan kepada warga asing yang menetap di Malaysia.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan kaunseling, perkhidmatan pengurusan kewangan melalui e-dompet dan kad prabayar, serta pengurusan dan penghantaran pulang jenazah khusus untuk warga asing yang menyertai program ini.

Akhir kata, semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Semoga Allah sentiasa memberkati dan memudahkan segala urusan berkaitan program ini sehingga matlamat murninya tercapai.

Terima kasih.