PROGRAM PEMBERIAN VAKSIN COVID-19
Program Vaksinasi *PERCUMA Kepada Kelompok Bukan Warganegara Di Kawasan LEMBAH KLANG (SELANGOR & KUALA LUMPUR) SAHAJA.
Program Kerjasama
PENGENALAN PROGRAM
Demi menyahut seruan Kerajaan Malaysia untuk sama-sama berjuang dalam menangani pandemik Covid-19, Sekretariat Program Khidmat Imigran (SPKI) telah menjalinkan kerjasama dengan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) terkemuka iaitu MERCY Malaysia dalam PROGRAM PEMBERIAN VAKSIN COVID-19 khas untuk kelompok bukan warganegara yang berada di Lembah Klang.
Melalui program ini, SPKI berperanan dalam menyediakan pangkalan data dan mengenalpasti kelompok bukan warganegara yang masih belum divaksin sebelum maklumat tersebut diserahkan kepada MERCY Malaysia untuk urusan selanjutnya.
Terma & Syarat
- Terbuka kepada warga asing berumur 18 tahun ke atas yang tinggal di LEMBAH KLANG.
- Khusus untuk warga asing yang masih belum menerima sebarang vaksin Covid-19.
- Daftar secara atas talian melalui portal Program Khidmat Imigran.
- Pendaftaran adalah PERCUMA bagi semua peserta Program Khidmat Imigran dan bukan warganegara.
- Pihak pengurusan akan menetapkan lokasi dan tarikh pemberian vaksin kepada peserta yang telah mendaftar.
Klik sini untuk PENDAFTARAN*
Bukan Peserta
Program Khidmat Imigran
Peserta
Program Khidmat Imigran