KOD ETIKA DAN PERATURAN KOORDINATOR PROGRAM
Sila baca dengan teliti kod etika dan peraturan koordinator program sebelum anda mengemaskini maklumat anda
Konsep
Paradise Group menggunakan konsep melantik Koordinator (Program Khidmat Imigran) dan Introducer (Program Komuniti Paradise Linx)
sebagai salah satu cara pemasaran perkhidmatan dan produk:
Program Khidmat Imigran
- Hanya Koordinator yang dilantik secara sah SAHAJA dibenarkan untuk memberi penerangan atau melaksanakan aktiviti program di
lapangan. - Koordinator/Introducer BUKAN kakitangan mana-mana syarikat dalam Kumpulan Paradise. Hanya orang perseorangan yang dilantik
sebagai ejen pemasaran Program yang dianjurkan. - Koordinator/Introducer DILARANG melantik atau menggunakan orang tengah atau runner untuk sebarang aktiviti program.
- Transaksi bayaran perlu dilakukan secara dalam talian ke akaun syarikat dan TIADA transaksi secara tunai akan diterima.
- Setiap Koordinator / Introducer akan dibekalkan dengan Buku Maklumat Program (e-Book dalam format PDF / cetakan) bagi
kemudahan semasa melakukan penerangan kepada pelanggan.
Fi Program
Fi Program adalah seperti berikut:

Pendaftaran Baru | Pembaharuan SPKHU* | Cetak Semula Kad |
RM 500.00 sekali bayar Komisyen RM100.00 setiap peserta yang didaftarkan |
RM100.00 setiap tahun Pengurusan membenarkan Koordinator untuk mengenakan bayaran kepada peserta sehingga RM50.00 sebagai upah |
RM50.00 setiap cetakan TIADA upah atau komisyen |
*Skim Pampasan Kematian dan Hilang Upaya

Bayaran Pendaftaran | Pembaharuan |
RM 70.00 tahun pertama Komisyen sebanyak RM5.00 setiap peserta diberi kepada Introducer | RM50.00 tahun berikutnya Komisyen sebanyak RM3.00 setiap pembaharuan diberi kepada Introducer |
- Fi program adalah TETAP.
- Koordinator/Introducer TIDAK DIBENARKAN mengenakan bayaran melebihi amaun fi yang telah ditetapkan. Ini bagi
mengelakkan koordinator/introducer terlibat dalam sebarang kegiatan salahlaku berkaitan pecah amanah (criminal breach
of trust), rasuah, pengubahan wang haram (Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001)
dan sebagainya. Pihak pengurusan TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi atau kesan daripada mana-mana
tindakan pelanggaran. - Untuk Program Khidmat Imigran, Komisyen Koordinator boleh ditolak terus daripada amaun fi yang diterima daripada
peserta. ( RM400.00 di depositkan ke akaun Pejabat / RM100.00 komisyen Koordinator) - Bagi Introducer Program Komuniti ParadiseLinx, bayaran Komisen adalah sebanyak RM5.00 pada kadar terkumpul minima 30
peserta dalam satu komuniti. - Pihak pengurusan BERHAK untuk mempamerkan amaun fi program sama ada di media cetak, media elektronik dan media
sosial
Pemasaran & Pengiklanan
- Segala promosi dan bahan pemasaran adalah tertakluk kepada pihak pengurusan program.
- Koordinator / Introducer dibenarkan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan program di sosial media dengan
syarat perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan. Bahan-bahan pemasaran akan disediakan oleh pihak
syarikat. - Pengurusan akan menyediakan bahan cetakan kolateral seperti flyers, banner, bunting, buku program dan kolateral yang
berkaitan. - Cetakan / penggunaan semula logo atau bahan-bahan berkaitan program tanpa kebenaran juga DILARANG.
Etika Pemasaran
- Pelanggan hendaklah diberi penerangan yang telus mengenai maklumat produk dan perkhidmatan.
- Tiada tokok tambah dan DILARANG untuk menawarkan produk atau perkhidmatan yang diluar skop program.
- DILARANG menggunakan ayat pemasaran yang mengelirukan pelanggan seperti ‘lepas Polis/Imigresen’, ‘kad ini macam IC’,
‘boleh ambil lesen memandu guna kad ini’ dan lain-lain. - DILARANG mengaitkan Program-program yang dianjurkan dengan mana-mana agensi kerajaan atau kementerian seperti
Polis, Imigresen, KDN dan lain-lain yang bertujuan untuk mengelirukan pelanggan.
Pengurusan Koordinator/Introducer
- Setiap Koordinator akan diberi kontrak pelantikan selama 1 tahun. Mana-mana Koordinator yang telah tamat tempoh
lantikan hendaklah diperbaharui sebelum 1 Mac 2021. - Koordinator aktif yang berjaya mengemaskini pelantikan akan menerima keperluan asas seperti berikut secara PERCUMA
• Log masuk Portal Online Khidmat Imigran
• Skim Dana Pengurusan Jenazah
• Kad Prabayar Visa
• Sehelai Uniform
• Booklet dan alat-alat pemasaran - Selepas 1 Mac 2021, koordinator yang tidak mengemaskini pelantikan akan dianggap tidak berminat. Maklumatnya akan
dikeluarkan daripada sistem data koordinator dan TIDAK DIBENARKAN untuk terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan
program yang dijalankan syarikat. - Sekiranya Koordinator yang telah dianggap tidak aktif dan ingin aktif semula mereka dikehendaki:
• Daftar semula sebagai Koordinator dan hadir Bengkel Asas
• Dikenakan yuran pendaftaran sebagai Koordinator baru sebanyak RM150.00
• Akan menjalani tempoh percubaan semula dan tidak layak untuk menerima ganjaran selama dalam tempoh percubaan
Tindakan & Penalti
- Pelanggaran terhadap mana-mana polisi, prosedur dan etika penjualan dan pemasaran akan dirujuk kepada Ahli
Lembaga Tatatertib. - Tindakan dan penalti yang akan dikenakan terhadap pelanggaran dan pengingkaran serius adalah tertakluk kepada
kebijaksanaan dan keputusan Ahli Lembaga Tatatertib. - Pelanggaran dan pengingkaran serius juga boleh dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.