MyAngkasa Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Khidmat Imigran secara eksklusifnya membawakan kepada anda Program Pembantu Rumah Asing (PRA).

Ia adalah sebuah program pembekalan pembantu rumah asing KHAS buat majikan dari kalangan penjawat awam, kakitangan serta anggota koperasi dibawah naungan ANGKASA.

Penjawat awam serta ahli koperasi yang layak, boleh menikmati perkhidmatan ini. Melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA), majikan dikecualikan daripada kos kemasukan, sementara platform digital memudahkan proses pengurusan dan kebajikan pembantu rumah.

Kami pasti berikan yang terbaik kerana kami

BERPENGALAMAN

DIPERCAYAI

CEKAP

MAMPU MILIK

PROSES MUDAH

Manfaat kepada majikan

Manfaat ini dibentuk KHUSUS untuk penjawat awam, kakitangan serta anggota koperasi di bawah ANGKASA SAHAJA.

KOS MAMPU MILIK

Majikan hanya menanggung kos pengurusan di Malaysia sahaja.

PEKERJA BERKUALITI

Pekerja telah diberikan latihan khusus mengikut kemahiran masing-masing.

PLATFORM DIGITAL

Kemudahan platform digital bagi permohonan pekerja, data peribadi pekerja dan platform aduan / konsultansi.

KEBAJIKAN PEKERJA TERJAMIN

Kebajikan pekerja terjamin dengan adanya pusat aduan pelbagai isu imigran dan imigresen serta insurans/khairat kematian.

KEMUDAHAN PENGURUSAN KEWANGAN

Pekerja dibekalkan e-wallet dan Kad Prabayar VISA untuk penerimaan gaji dan kiriman wang.

TELUS DAN PROFESIONAL

Kontrak yang jelas dan telus. Segala proses dikemaskini dari semasa ke semasa.

KEMUDAHAN PINJAMAN

Kemudahan pinjaman untuk Penjawat Awam melalui koperasi dan syarikat di bawah ANGKASA (pinjaman disediakan mengikut terma dan syarat)

SISTEM potongan gaji angkasa (e-spga)

Sistem Potongan Gaji ANGKASA (e-SPGA), majikan dari kalangan penjawat awam dapat mengurus pembayaran gaji dengan lebih mudah dan efisien.

Kelebihan tambahan

Tutorial permohonan atas talian

atau

Tinggalkan maklumat anda untuk kami bantu

PRA