Khidmat Imigran

Aktiviti

Kami

PENGURUSAN JENAZAH – (31/10/2020)

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu.31 Oktober 2020, Cheras Kuala Lumpur – Susulan daripada laporan Kes Kematian Allahyarham Mohammad Rakib pada 27 Oktober yang lalu (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3240225229421713&id=1039857252791866).Jenazah Allahyarham telah selamat disempurnakan di Masjid Al Zubbair, Cheras oleh tim pengurusan jenazah SKI bersama-sama ahli waris Allahyarham yang berada di Malaysia.Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Indonesia melalui KLIA esok 1 November 2020 jam 12.55 tengah hari dan kemudiannya akan transit di Jakarta sebelum diterbangkan semula ke Surabaya pada 2 November 2020 jam 08.20 WIB. Oleh kerana Allahyarham adalah peserta Program Khidmat Imigran, kos pengurusan dan penghantaran pulang jenazah ke Indonesia dibiayai sepenuhnya oleh SKI.Ucapan Takziah buat semua ahli keluarga Allahyarham Mohammad Rakib. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diampunkan segala dosa-dosanya. ALFATIHAH.****Pengurusan dan penghantaran pulang jenazah ke tanah air warga asing secara PERCUMA adalah salah satu perkhidmatan daripada pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Program KHIDMAT IMIGRAN kepada semua warga asing yang bermastautin di Malaysia.MAKLUMAT LANJUT LAYARIwww.khidmatimigran.com

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *