Khidmat Imigran

Aktiviti

Kami

PENGURUSAN JENAZAH – (09/08/2019)

“Allahummagh firlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu anhu”, “Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia”09/08/2019, Meru – Alhamdulillah selesai menyempurnakan pengurusan Jenazah Allahyarham MURI warga INDONESIA pemegang Kad Maklumat Warga Asing Khidmat Imigran yang telah kembali ke Rahmatullah pada awal pagi 09/08/2019. .Pengurusan mandi dan solat Jenazah telah disempurnakan di masjid As Syarif Meru sebagai memenuhi tanggungjawab salah satu perkhidmatan Pengurusan Jenazah dan Pampasan Kematian kepada Warga Asing yang menyertai program Khidmat Imigran.Atas permintaan warisnya Jenazah Allahyarham telah dikebumikan ditanah perkuburan Islam Kg Meru Klang dengan kos yg ditanggung 100% oleh pihak Khidmat Imigran. Allahyarham baru sahaja menyertai program Khidmat Imigran pada 1hb Ogos 2019 yang lalu dan telah meninggal dunia akibat sakit di rumah kediamannya di Kg Meru Klang. Segala keterangan lanjut sila hubungi Ibu Pejabat Sekretariat Khidmat Imigran.info@khidmatimigran.com www.khidmatimigran.com

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *