Khidmat Imigran

Our

Activity

PENGURUSAN JENAZAH – (30/08/2018)

30 Ogos 2018, Khamis – Pengurusan SKI dan Unit Pembangunan Insan SKI telah menghulurkan bantuan dana kepada Pegawai Perubatan Forensik, Hospital Banting untuk proses pengebumian jenazah JOKO PURWANTO seorang warga Indonesia yang kembali ke rahmatullah 30hb Mei 2018 yang lalu.

Menurut Pegawai Perubatan Forensik yang bertanggungjawab menguruskan jenazah itu, jasadnya ditemui oleh pihak polis 3 bulan yang lalu terapung di Sungai Langat. Selepas bedah siasat ia disahkan mati lemas dan tiada unsur-unsur jenayah.

Oleh sebab tiada waris yang datang menuntut, pihak hospital telah diberi kebenaran oleh pihak polis untuk mengebumikan jenazah di tanah perkuburan berdekatan dengan bandar Banting hari ini.

Atas permintaan Hospital Banting dan mengambil kira nilai-nilai kemanusiaan yang telah diterapkan dalam Program Khidmat Imigran maka Pihak Pengurusan SKI telah bersetuju untuk menghulurkan bantuan dana untuk proses pengebumian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *