Khidmat Imigran

Aktiviti

Kami

BANTUAN KHAS KEPADA WARGA ASING TERPINGGIR – (05/05/2020)


05 May 2020 – SKI /KL – Sejak 1 April yang lalu , program pengumpulan data warga asing terpinggir terutama yang terjejas akibat arahan PKP di Malaysia telah digerakkan melalui pendaftaran online dibawah program RESPONDEN BANTUAN KHAS WARGA ASING TERPINGGIR kelolalan Sekretariat Khidmat Imigran.

Maklumat Warga Asing yang terpilih akan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu seperti Ketua Kampung/ Komuniti atau Badan-badan Kebajikan Masyarakat / NGO yang berkenaan dan berhampiran dengan warga asing bagi tujuan untuk mendapatkan bantuan asas seperti makanan.

Kami masih mengharapkan pihak-pihak yang perihatin untuk tampil menghulurkan bantuan. sehingga kini selain dari bantuan bahan makanan dari pihak NGO Malaysia dan kami juga menerima sumbangan inidividu termasuklah dari kalangan koodinator Program Khidmat Imigran di seluruh tanah air.

Merujuk kepada data RESPONDEN BANTUAN KHAS WARGA ASING TERPINGGIR sehingga 5 May, pihak kami menerima seramai 582 warga asing yang telah berdaftar secara online. Kebanyakkan mereka tinggal di Negeri Johor, Selangor dan sekitar Kuala Lumpur. Selain dari menerima aduan keputusan bekalan makanan kerana tidak dapat bekerja, ada juga Ibu-Ibu tunggal yang mengadu keputusan susu dan pampers untuk anak bayi mereka.

Oleh kerana bantuan yang terhad bantuan yang diterima akan diberikan keutamaan kepada warga asing terpinggir (warga emas, Ibu Tunggal, OKU dan kanak-kanak).   Mana-mana warga asing yang memerlukan bantuan boleh salurkan maklumat anda melalui laman web kami https://khidmatimigran.com/responden-bantuan-asas-warga-as…/ DAN jika ada pihak yang ingin menghulurkan BANTUAN sila hubungi WhatsApp Careline kami di talian 018 918 1170  


1 thought on “BANTUAN KHAS KEPADA WARGA ASING TERPINGGIR – (05/05/2020)”

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *