Khidmat Imigran

Aktiviti

Kami

BANTUAN KHAS KEPADA WARGA ASING TERPINGGIR – (20/05/2020)

20 May 2020 – Alhamdulillah. Penyerahan Bantuan Keperluan Makanan Asas kepada sebahagian Warga Asing Terpinggir (Fasa 3) bagi daerah Rawang dan Gombak di Selangor. Program ini telah dijayakan dengan keprihatinan dan bantuan dari pihak NGO, swasta dan individu dibawah program Responden Bantuan Khas Warga asing – Sekretariat Khidmat Imigran. Sehingga 20 May 2020, lebih 600 responden diterima dan aktiviti tersebut adalah inisiatif SKI dalam mengumpulkan data maklumat warga asing yang terjejas dan terputus bekalan makanan akibat tiada punca pendapatan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 yang lalu.

Tugasan agihan dibantu oleh Koordinator daerah Selangor bersama 3 pegawai Khidmat Imigran. Penerima bantuan merupakan warga asing beragama Islam yang bekerja dan dibayar gaji hari dan dikenal pasti sepanjang tempoh PKP mereka terputus pendapatan dan bekalan makanan. Sekiranya terdapat orang perseorangan, badan-badan NGO atau syarikat korporat yang sudi menghulurkan bantuan kepada warga asing yang terjejas, sila hubungi kami di talian 018-918 1170. Kepada yang menghulurkan bantuan, kami mengucapkan jutaan terima kasih. Jasa dan keprihatinan anda sangat kami hargai

发表评论

邮箱地址不会被公开。 必填项已用*标注