Khidmat Imigran

Aktiviti

Kami

BANTUAN KHAS KEPADA WARGA ASING TERPINGGIR – (06/12/2020)

06-12-2020 Benarkah Malaysia bersikap kejam?

( Sila rujuk : https://www.facebook.com/167047123315520/posts/3344895572197310/ )

Pihak SKI juga merujuk berhubung laporan dokumentari yang menggambarkan kerajaan Malaysia bersikap kejam terhadap imigran tanpa dokumen ketika tempoh PKP adalah sama sekali tidak benar .Malah sebagai bukti banyak NGO termasuk SKI telah membantu kerajaan dalam menangani masalah warga asing yang terpinggir semasa tempoh PKP di Malaysia.

Sepanjang tempoh PKP yang bermula bulan Mac hingga bulan Jun, pihak SKI melalui program RESPONDEN BANTUAN KHAS WARGA ASING TERPINGGIR (SAR COVID-19) telah menerima aduan sebanyak 687 responden yang mana 80% adalah terdiri dari kalangan warga Indonesia dan dari jumlah tersebut 40% adalah warga asing yg menetap / bekerja di Johor manakala 30% responden lagi dari negeri Selangor dan dari Kuala Lumpur.

Dari jumlah semua respondan pihak SKI dengan Kerjasama badan NGO. Swasta telah berjaya menyalurkan bantuan makanan asas kepada seramai lebih 400 orang dalam tempoh PKPD dan PKPB dengan memberikan keutamaan kepada warga asing yang betul-betul memerlukan terutamanya kepada warga asing yang terputus bekalan makanan akibat tiada punca pendapatan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Program Khidmat Imigran yang telah wujud sejak 2010 lagi memang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi membantu pelbagai isu lambakan warga asing di Malaysia terutama yang berkaitan dengan hal-hal kebajikan, kemasyarakatan dan kemanusiaan.

*****

Program Khidmat Imigran
Live di TV1 Selamat Pagi Malaysia
Sabtu 26hb Jan 2019

Boleh tonton di sini :
https://youtu.be/IfeZYdsr7wM

“Warga Negara Terpelihara Warga Asing Terpantau Selia”

#khidmatimigran#selamatpagimalaysia

发表评论

邮箱地址不会被公开。 必填项已用*标注