Khidmat Imigran

Aktiviti

Kami

SUMBANGAN TANDA MENGHARGAI JASA FRONTLINERS

15 Februari 2021, Isnin – Sekretariat Program Khidmat Imigran (SPKI) telah menyampaikan sumbangan makan tengah hari buat anggota-anggota PDRM sebagai tanda ucapan terima kasih dan penghargaan atas jasa serta pengorbanan mereka sebagai frontliner dalam menjalankan tugas menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat. Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPKI, En. Nordin Bin Othman kepada Timbalan Pengawal Full Manning, DSP Halim Bin Mat Amin diiringi oleh ASP Zairul Hisham Bin Haron yang bertugas di Jabatan CCCKL/Full Manning, IPK Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan ringkas tersebut, En. Nordin Bin Othman sempat memberi taklimat ringkas berkenaan kemaskini Program Khidmat Imigran, program komuniti dan lain-lain program yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Seterusnya beliau juga menyampaikan kata-kata semangat kepada anggota-anggota PDRM, semoga mereka terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus berbakti kepada nusa dan bangsa.

#kitajagakita #fightCOVID19 #salutefrontliner

****

Perkhidmatan Sekretariat Khidmat Imigran terbuka kepada semua golongan warga asing yang bermastautin di Malaysia tanpa mengira status sosial, umur dan kewarganegaraan.

Ingin tahu lebih lanjut tentang perkhidmatan kami?

Boleh layari
www.khidmatimigran.com
atau klik pautan WhatsApp Care
http://www.wasap.my/60189181170/info(HQ)
http://www.wasap.my/60107171751/ProgramKI(JB)
#khidmatimigran #imigran #sekretariatkhidmatimigran #Malaysia