খিদমত ইমিগ্রান প্রোগ্রাম

Aktiviti

Kami

BENGKEL PENGENALAN ASAS PROGRAM KHIDMAT IMIGRAN – (26/02/2020)

26 Februari 2020, Rabu – HUKM, Cheras

Sekretariat Khidmat Imigran (SKI) memenuhi jemputan Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital Canselor Tuanku Muhriz @ Hospital Universiti Kuala Lumpur (HUKM) sebagai Penceramah dalam sesi Continuing Professional Development (CPD) untuk pegawai-pegawai JKSP.

Dalam sesi berdurasi 1 jam tersebut, Pengarah Urusan, En. Nordin Othman telah memberikan penerangan berkaitan isu semasa warga asing dan pengenalan Program Khidmat Imigran.

Di akhir sesi, SKI menerima reaksi positif oleh semua pegawai JKSP termasuk Ketua Jabatan, Puan Suraiyah Harun.

Beliau menyifatkan Program Khidmat Imigran adalah sebuah program yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak khususnya dalam urusan perkhidmatan rawatan melibatkan warga asing.

Beliau juga berharap akan ada kerjasama antara jabatannya dengan SKI pada masa akan datang.

Leave a Comment

আপনার ই-মেইল এ্যাড্রেস প্রকাশিত হবে না। * চিহ্নিত বিষয়গুলো আবশ্যক।