Khidmat Imigran

Aktiviti

Kami

PENGURUSAN JENAZAH – (26/01/2019)

“Allahummagh firlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu anhu”

“Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia”

26/01/2019, Kuala Lumpur – Alhamdulillah selesai menyempurnakan pengurusan Jenazah Allahyarham ANWAR HOSSAIN MOGHUL warga BANGLADESH pemegang Kad Maklumat Warga Asing Khidmat Imigran yang telah kembali ke Rahmatullah pada 22/01/2019.

Pengurusan mandi dan solat Jenazah telah dijalankan sebagai menyempurnakan tanggungjawab salah satu perkhidmatan Pengurusan Jenazah dan Pampasan Kematian kepada Warga Asing yang menyertai program Khidmat Imigran.

Jenazah Allahyarham telah dihantar pulang ke kampung halamannya dengan kos yg ditanggung 100% oleh pihak Khidmat Imigran.

Allahyarham baru sahaja mengikuti program Khidmat Imigran pada 3hb Jan 2019.

Segala keterangan lanjut sila hubungi Ibu Pejabat Sekretariat Khidmat Imigran.

info@khidmatimigran.com
www.khidmatimigran.com

Leave a Comment

Ang iyong email address ay hindi ipa-publish. Ang mga kinakailangang mga field ay markado ng *