30 JUNE 2020 – Kuala Lumpur- BENGKEL PENDAFTARAN ATAS TALIAN untuk koordinator program khidmat imigran sedang berlangsung secara berperingkat bermula dengan kumpulan pertama di Johor pada 22 hb June 2020 dan 29hb June di Kuala Lumpur.
Bengkel tersebut disediakan khusus buat koordinator-koordinator khidmat imigran secara percuma bagi memberikan pendedahan terhadap kaedah baru kearah sistem tanpa kertas (paperless) dan tanpa tunai (cashless) yang lebih cekap dan menjimatkan.
Semua koordinator-koordinator yang masih aktif serta pernah mengikuti bengkel asas program khidmat imigran sebelum ini diminta melayari portal www.khidmatimigran.com atau menghubungi terus Pengurus Bahagian Operasi bagi mendapatkan maklumat lanjut.