16 Januari 2021 – Susulan kes kematian Anastasia Azi tempoh hari, syukur kepada tuhan jenazah mendiang telah selamat sampai di kampung halamannya di Sumba Barat Daya, Indonesia. Jenazah mendiang telah disambut oleh saudara terdekat seterusnya akan di bawa ke tanah perkuburan untuk proses pemakaman. Salam takziah diucapkan buat semua ahli keluarga mendiang Anastasia Azi. Semoga rohnya tenang dan sentiasa dirahmati tuhan.
**
Pengurusan dan penghantaran pulang jenazah ke tanah air warga asing secara PERCUMA adalah salah satu perkhidmatan daripada pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Program KHIDMAT IMIGRAN kepada semua warga asing yang bermastautin di Malaysia.