Khidmat Imigran

Aktiviti

Kami

BANTUAN KHAS KEPADA WARGA ASING TERPINGGIR – (16/05/2020)

16 May 2020 Alhamdulillah.. lagi aktiviti agihan bahan makanan asas buat warga asing terpinggir yang terputus bekalan makanan di kawasan Kajang, setapak dan Ampang. Maklumat penerima diperoleh melalui aktiviti Responden Bantuan Khas Warga Asing dimana aktiviti tersebut adalah inisiatif SKI dalam mengumpulkan data maklumat warga asing yang terjejas dan terputus bekalan makanan akibat tiada punca pendapatan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 yang lalu.

Seterusnya data maklumat tersebut akan kami salurkan kepada pihak-pihak yang sudi membantu. Bekalan bantuan yang kami terima setakat ini amat terhad dan kami memberi keutamaan kepada pemohon yang benar-benar memerlukan. Sekiranya terdapat orang perseorangan, badan-badan NGO atau syarikat korporat yang sudi menghulurkan bantuan kepada warga asing yang terjejas, sila hubungi kami di talian 018-918 1170. Kepada yang menghulurkan bantuan, kami mengucapkan jutaan terima kasih. Jasa dan keprihatinan anda sangat kami hargai    

اترك تعليقًا

لن يتم نشر عنوان بريدك الإلكتروني. الحقول الإلزامية مشار إليها بـ *